Ramai yang tidak sedar, sistem pembetungan jenis tangki septik individu perlu dikosongkan bagi mengelak daripada sebarang pencemaran.<br /><br />Mengikut peraturan industri perkhidmatan air (perkhidmatan nyahenap cemar) 2021, setiap pengguna tangki septik diwajib menjalankan kerja nyahenap cemar setiap dua tahun namun, masih ramai pemilik atau pengguna yang tidak melakukannya.
